Makanan Mahal Di Cameron Highlands? – Part 3

Makanan Mahal Di Cameron Highlands? – Part 3

Baiklah, pada bahagain 3 ni admin nak kongsikan pula lokasi tempat makan pada waktu malam.

[su_button background=”#2a81c4″ color=”#ffffff” size=”4″ icon=”icon: tag” icon_color=”#ffffff”]Makan Malam:
[/su_button]

Waktu malam di Cameron Highlands seringkali mengundang “padah” kepada poket bila kita terlalu gopoh dalam memastikan perut kita kenyang. Ingat satu tips ini ya gaiiis, mudah je.

Kalau kita ada bajet tertentu, jangan biasakan diri dengan order menu yang berbentuk “seafood”. Maknanya kalau kita order makanan seafood seperti ikan bakar dan seumpamanya, kita harus tahu yang ikan siakap, sotong, udang semua tu bukanlah satu sumber makanan yang murah di sana.

Di Cameron, mana ada laut… mana ada sungai… mana ada kolam ikan komersial. Sebab itulah usaha untuk bawak naik ikan siakap dari bawah akan melibatkan kos yang kasar. Bila kos kasar, harga juga akan melambung. Bukan admin tak support peniaga seafood, tapi ada caranya supaya tak “over budget”.

Jadi biasakan untuk order makanan yang didatangkan dalam bentuk SET “marhaein” dan senang untuk “dikira”. Contohnya seperti:

– Nasi lemak
– Nasi ayam penyek
– Mee goreng
– Mee Kari
– Burger
– Ayam gunting
– Sate
– Steamboat (walaupun ada yang kata ianya mahal, tapi set kiraan dia adalah per/kepala – senang untuk dikira)
– Roti canai
– Nasi goreng
– set keluarga (set tomyam seperti 4 orang makan RM48, RM68, RM88 dan seumpamanya)
– masakan ala=carte yang lain (ada harga untu sepinggan berapa).

1. Food Court Tanah Rata

– ini merupakan antara kawasan makan fevret admin sebab harganya murah… kadang tu tak masuk akal tau. termasuklah kedai makan yang terletak bersebelahan dengannya (berdepan seberang jalan dengan Starbucks).

Pernah admin makan dengan isteri di deretan kedai yang berdepan dengan Starbucks Tanah Rata tu. 2 nasi putih… ada sayur goreng.. ada sup ekor… ada sambal ayam… 2 air… total semua tak sampai RM25. haloooo… ini Cameron Highlands okayyyy… harga di Batu Pahat pun lebih mahal tau tak?

Admin siap confirmkan lagi dengan tuan kedai… sah, memang itu harganya.

2. Kedai Makan sebelah Avillion (berdepan dengan Maybank Tanah Rata).

– Ini pun sama keadaannya macam food court di atas tadi. Nak goreng-goreng ada… nak masakan panas semua ada. Sedap pun sedap tau. Cuma kedainya agak comel, jadi mejanya tidaklah sebanyak mana. Walaubagaimanapun, kalau nak pekena sup boleh terus ke bawah sket di tapak Expo, ada kedai sup di hujung sana… padu!

3. Kawasan Centrum Brinchang.

– Ini merupakan kawasan baru kerana ianya adalah tarikan terkini untuk pengunjung di kawasan Brinchang. Centrum Brinchang dibangunkan dengan inisiatif untuk memberikan lebih banyak kegembiraan untuk kanak-kanak… ada train.. ada double decker bus dan macam-macam lagi.

– Feelnya lebih kurang sama seperti di Genting Highlands, lebih kepada suasana “INDOOR” kerana semuanya beratap… kalau hujan pengunjung masih boleh berjalan-jalan dibawahnya.

– Walaupun ianya baru tetapi harga makanannya MASIH LAGI MARHAEIN ya… jangan tak tau. di bawah label SInar Hijjaz, kita akan lihat banyak kedai makan yang masih lagi menawarkan harga yang masuk akal. Nah… admin belanja gambar makan di Sinar Hijjaz:

[su_row][su_column size=”1/2″ center=”no” class=””][/su_column]
[su_column size=”1/2″ center=”no” class=””][/su_column][/su_row]

– YA, nasi ayam penyek di Sinar Hijjaz juga berharga RM10!! Bermakna masih dalam bajet keluarga sebab kalau makan nasi ayam penyek di bandar biasa pun harganya masih sama.

4. Food truck area Brinchang.

– Kalau ada yang nak layan feel food truck, di Brinchang juga ada kawasan yang menyediakan selera food truck. Ada mee sup utara.. ada roti john… ada burger…. ada western dan macam-macam lagi.

Pilihlah ikut bajet masing-masing. Yang penting kawasannya bersih dan selesa. Betul-betul bersebelahan dengan food court Brinchang (seberang jalan KFC Brinchang).

Kenapa admin kongsikan area foodtruck ni?

Sebab ramai yang TAK PERASAN kewujudan area food truck ini di Brinchang. Disebabkan lokasinya “terlalu cantik”, maka ramai ingat ianya adalah “lampu-lampu” yang dihias… padahal memang ada makanan yang dijual kat situ!!

5. Pasar malam Sungai Ruil

– Seperti biasa, percutian ke Cameron Highlands akan jadi tak lengkap kalau kita tak singgah ke pasar malam. Setakat jagung bakar… pucuk keledek goreng.. ubi manis kukus…. kambing bakar… ayam goreng… mee goreng… nasi goreng kawah… nasi ayam… udang goreng tepung… semua ada.

[su_row][su_column size=”1/2″ center=”no” class=””][/su_column]
[su_column size=”1/2″ center=”no” class=””][/su_column][/su_row]

Ada banyak lagi sebenarnya, tak larat nak menulis.

Apapun di bawah ini ni admin kongsikan lagi beberapa tempat yang boleh korang pergi untuk survey harga makanan. Tak banyak… tapi bolehlah buat usha-usha… ini pun admin copy dari group Fb, mudah sket nak berkongsi.

1. KHM Strawberries & Jam
2. Opah Strawberries & Jams
3. Opah Farm Taman Sedia
4. Kiosk Nabila Cameron Highlands
5. Manisz Delight Cameron Highlands
6. Warung ikat tepi
7. Nasi Kukus Prima
8. Gerai roti canai pasar Tanah Rata
9. Mek’s Kopi food court Tanah Rata
10. Nasi AJ Royal Lily
11. Kek Lapis Umang by May Jebat (box port)
12. M Cafe steamboat

[su_row]
[su_column size=”1/3″ center=”no” class=””][/su_column]
[su_column size=”1/3″ center=”no” class=””][/su_column]
[su_column size=”1/3″ center=”no” class=””][/su_column]
[/su_row]

13. Royal Berry Strawberry Farm, Cafe & Restaurant
14. Restoren Balkhis & Son Food court Brinchang
15. Pandan koko – time tunnel
16. Food court Kea farm – aunty cantik
17. Kiosk Dahlia Chalet
18. Cendol tepi padang – pjbt belia
19. Anis mini mart box port
20. Anis souvenier shop brinchang
21. Alamgir kiosk bawah
22. Alamgir Sunflower Cafe atas
23. Acu, Tanah Rata
24. Steamboat Highlands
25. Mee Celup Box port
26. Bella Cha
27. Idaman Aikea
28. Avillion Tanah Rata, Pak Ya Begon
29. Expo Tanah Rata, Pak Ya Begon
30. Kiosk baju di Nik Ikan Bakar , Pak Ya Begon
31. Cameron Highlands Mart,Tanah Rata
32. Pak Nik Ikan Bakar 1 Brinchang
33. Srimaju, Brinchang

Kalau ada lagi, sambunglah pada bahagian komen… tak larat nak senaraikan, nanti admin tambahkan ke dalam post tau!

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *