Makanan Mahal Di Cameron Highlands? – Part 2

Makanan Mahal Di Cameron Highlands? – Part 2

Walaupun ada di antara tempat makan di Cameron highlands telah ditutup dek kerana tertejas dengan PKP tempoh hari, tapi list yang di bawah ini adalah antara yang terkini.

Sebenarnya tempat makan atau kedai makan memang banyak di Cameron… serious admin tak tipu. Jadi maaflah kalau admin tak senaraikan semua sekali dengan lengkap.

[su_button background=”#2a81c4″ color=”#ffffff” size=”4″ center=”left” icon=”icon: tag” icon_color=”#ffffff”]Makan Pagi:
[/su_button]

1. Brinchang Food Court

– Ada 4-5 kedai lagi yang masih beroperasi. Menu jualannya terdiri daripada nasi lemak, lauk pauk nasi putih, soto dan sebagainya. Harga lebih kurang sama.

2. Restoran FV di Avillion

– Sama juga… siap ada Nasi Kerabu lagi. Menu utama adalah sarapan pagi style Kelantan. Walaupun kedainya di mall center, tapi harga sama macam kedai makan biasa. Lagi satu, jenis keluarga besar FV Avillion sesuai sebab boleh set up meja tu panjang sket…. selesa.

3. Kawasan Kg Taman Sedia

– Yang ini pun harganya sangat berpatutan. di kawasan pelancongan seperti ini, mana nak cari makanan yang berbaloi harganya ditemani dengan view dan vibes sejuk yang kita tak boleh dapat di tanah rendah.

Contoh paling mudah, kalau bersarapan di KHM Strawberries (tingkat atas), kita akan dihidangkan dengan view yang sangat cool dan nyaman. Harga untuk semangkuk mee kari bawah RM10… kuey tiaw goreng dia yang sedap tu pun bawah RM10. Alahai… nah admin belanja sket gambar makanan yang admin order.

Semua sedaplah!!!

[su_row]
[su_column size=”1/3″ center=”no” class=””][/su_column]
[su_column size=”1/3″ center=”no” class=””][/su_column]
[su_column size=”1/3″ center=”no” class=””][/su_column]
[/su_row]

Sama juga dengan YZ Agro Farm, Opah Strawberry dan yang lain-lain. Cuma YZ Agro Farm masih dalam proses pembinaan semula. Khabarnya sedang diupgrade untuk menjadi kedai 2 tingkat… Insya Allah.

Sebelum ini YZ Agro Farm cukup famous dengan lauk pauk Melayu dan strawberry coffeenya, admin sendiri suka dengan lauk pauk di situ. Lama dah tak berjumpa dengan En Zul, salah seorang ownernya.

[su_button background=”#2a81c4″ color=”#ffffff” size=”4″ center=”left” icon=”icon: tag” icon_color=”#ffffff”]Makan Tengah Hari:
[/su_button]

1. Kawasan Perumahan Prima.

– Untuk keluarga besar (Melayu), admin memang rekomenkan kawasan ini, bersebelahan dengan Quintet. Admin sendiri cukup suka dengan Nasi Kukus Prima Maju.

Begitu juga dengan Nasi Ayam Penyek/Lele di kedai Pak Tam’s Putrajaya. Bayangkan Nasi Ayam Penyek… Lele Penyek… setiap satu set cuma RM10 je!!

Dahlah portionnya banyak… confirm kenyang punya. Admin share sket gambar untuk tatapan korang yea. Admin bukan duta atau dibayar, sekadar berkongsi. Benda baik kita kongsi.

[su_row][su_column size=”1/2″ center=”no” class=””][/su_column]
[su_column size=”1/2″ center=”no” class=””][/su_column][/su_row]

Di Batu Pahat tempat admin sendiri ni pun ada yang jual RM12 dan RM15 satu set. Ini Cameron Highlands tau… sebab tu admin kata di atas tadi, admin tak bersetuju dengan dakwaan pengunjung tu yang mengatakan harga makanan di Cameron Highlands mahal!

2. Sederet dengan BSN Tanah Rata.

– Kat sini ada 2-3 kedai nasi putih dan ala carte. ada banyak pilihan yang kalau bawa anak-anak, senang untuk mereka makan. kalau tak nak pening, ambilkan saja nasi berlaukkan ayam ataupun nasi ayam seorang satu, senang kita nak kira per kepala. cuma bila tiba bab ulam-ulaman dia… fuhhh, kecur habis.

– Kalau ada bajet lebih sket, boleh layan Nasi Arab Raudhah di hujung belah kanan sekali. berbaloi.. sebab portion seorang dia macam 2 orang. maknanya kalau anak 2 orang beli satu je cukup.

Nahhh… admin payung gambar Nasi Arab Raudhah yang admin pesan:

3. Sederet Orchid Food Corner

– Disebabkan kedudukannya terletak di antara “pintu masuk” Tanah Rata dari arah Tapah, ia merupakan antara kawasan makan yang ramai orang nampak tapi tak ramai yang singgah kerana masing-masing hendak meneruskan perjalanan ke Brinchang.

Ada beberapa kedai makan yang kita boleh pergi bersebelahan. Lauk pauknya juga ada banyak pilihan. Kalau bawak keluarga, parking juga disediakan dan yang paling penting kalau hotel ada di kawasan ini, jalan kaki saja.

Kita sambung lagi pada bahagian 3 di sini.

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *