Baru-baru ini, ada satu video yang viral di media sosial mengenai keluhan seorang pengunjung yang datang ke Cameron Highlands.
Dalam video tersebut, dikisahkan beliau tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dijual di Cameron Highlands. Didakwanya harga makanan terlalu mahal dan tidak sesuai memandangkan lokasi Cameron Highlands ini hanyalah salah satu dari lokasi pelancongan tempatan… bukan lokasi di luar negara.
Apabila admin menonton video tersebut sampai habis, boleh katakan admin tidak setuju dengan dakwaan yang beliau utarakan. Kalaulah admin boleh bertanya pada beliau, nak sangat tau mana kedai yang beliau makan tu.
Ini kerana admin yang selaku pengunjung tetap Cameron Highlands ini sendiri tidak merasakan dakwaan beliau itu berasas. Tapi akhirnya admin dapat satu gambaran yang lebih jelas selepas beliau akui yang beliau sendiri dah lama tidak berkunjung ke Cameron.
Laaaaa…. dahlah lama tak datang ke Cameron Highlands, lepas tu buat claim yang sangat memberikan kesan buruk kepada peniaga-peniaga makanan di Cameron ini.
Admin berpendapat bahawa beliau telah “missed” banyak tempat makan di Cameron Highlands yang beliau sendiri tak tau kewujudannya. Sebab itulah beliau main beli dan pergi saja ke tempat yang beliau rasa okay… apatah lagi kalau menu yang dipilih itu lebih kepada “ala-carte”.
Gaiiisss…
Di sini admin ingin utarakan beberapa point penting sebelum kita pergi berkunjung makan angin ke sesuatu tempat. Point-point ini sangat berbaloi untuk di cuba… berbanding dari “terjah” gitu-gitu je:
1. Dapatkan dulu info mengenai tempat yang kita nak pergi di dalam group-group FB.
– Ini sangat penting kerana dalam group komuniti FB tempat itu, kita boleh buat preparation awal atau “standby” dengan info berguna yang selari dengan bajet kita.
– Contohnya, kita boleh tanya “owner homestay” atau “taukey kedai makan” yang sudah pasti ada dalan group untuk menjawab soalan kita seperti “boleh saya dapatkan harga menarik untuk homestay 3 bilik?” atau “boleh rekomenkan kedai makan nasi campur / kedai nasi ayam / kedai steamboat yang harganya berbaloi dan sedap rasanya?”
2. Gunakan Google dan apps yang boleh membantu kita dalam mencari “slash price” promotion.
– Google dahulu kawasan yang kita ingin pergi kerana kebanyakan apps tempahan penginapan ada menyediakan promosi “last minit deal” dan “early bird booking”.
3. Buat panggilan dan tanya reception hotel / accomodation center atau owner homestay sendiri mengenai kawasan makan yang berbaloi dan sedap untuk dikunjungi specially bagi keluarga yang ramai.
Selepas dari pada itu, barulah kita cari info lanjut mengenai kedai makan tersebut melalui akaun sosial media mereka.
Dengan melakukan beberapa persediaan awal seperti ini, kita boleh tahu dan dapat gambaran mengenai “bajet” yang boleh kita kawal. Berbanding dengan main terjah kemudian “terlepas” banyak info penting yang kita sendiri tak tahu.
Admin juga nak berkongsi beberapa lokasi di Cameron Highlands (updated selepas PKP) yang harga makanannya boleh diterima ramai pengunjung. Pertimbangan ini admin gunakan setelah mengambil kira harga makanan yang sama di tempat admin (Batu Pahat).
Kita sambung pada bahagian 2 di sini.