Hai gaiisss….
Sempena tahun baru 2024 hari ini, admin nak kongsikan satu lagi tarikan terbaru di Cameron Highlands yang pastinya membuatkan korang semua rasa terpukau dan seterusnya rasa wow.. wow… wow….
Korang tahu yang Cameron Highlands sekarang ni ada Hobbiton?
Hobbiton merupakan satu kawasan pelancongan terbaru yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja untuk berkunjung ke Cameron. Ia dilhamkan dari set filem yang terkenal, iaitu The Lord Of The Rings.
Mereka yang meminati kaum “middle-earth” di dalam filem tersebut pastinya akan menjadikan Hobbiton ini sebagai satu lagi lokasi “must go” untuk tahun 2024.
Okay, kita tengok dulu gambar-gambar di bawah ni:
Idea untuk merealiasasikan tarikan pelancongan berkonsepkan kawasan Hobbit sebenar di 501 Buckland Road, Matamata, New Zealand ini susah pasti akan membuatkan ramai pengunjung rasa SERONOK dan beronok-ronok (kalau pergi secara beramai-ramai).
Dengarnya hari ini 1hb Januari 2024 akan dibuka…
So korang tunggu apa lagi?
Admin ni pakkal je baru balik dari Cameron Highlands masa Krismas lepas. Masa tu admin pergi ke Flora Park dan juga Stairway to Heaven bersama isteri. Sempat jugalah ke Hill Top yang tinggi nak mati tu…
Apapun, kalau ada yang dah pergi hari ini… kongsi-kongsikanlah gambar korang tu kat admin yeaaa…..