Di negara kita, biasanya custosmer akan survey dulu mana-mana homestay yang ingin ditempah melalui medium Whatsapp.
Majoriti akan survey lebih dari satu homestay sebelum mereka buat keputusan untuk membuat booking.
Sebagai seorang pengusaha homestay/owner/agen sudah menjadi adat untuk kita melayan semua soalan yang ditanya... betul?
Dalam group homestay Cameron Highlands di Facebook, tiap hari kita boleh lihat iklan dan butiran yang dikongsi oleh pengusaha homestay.
Tujuan artikel dan iklan itu diterbitkan adalah untuk makluman prospek supaya mereka akan contact pengusaha jika berminat.
Dari situ, pengusaha homestay akan cuba "close the deal" sehingga berjaya melalui Whatsapp.
Tahukah anda bahawa pada waktu kita sibuk menghantar gambar-gambar homestay, prospek kita akan berhadapan dengan 3 jenis situasi?
1. Storage phone makin berkurang.
2. Phone speed kemungkinan akan terjejas (slow)
3. Kesabaran dalam diri mula menipis.
Macam mana boleh jadi sebegitu?
Sebab untuk melihat semua gambar yang kita hantar itu, mereka terpaksa download semua gambar yang masuk ke Whatsapp satu-persatu.
Itu kalau prospek tersebut berurusan dengan kita seorang. Sekarang cuba bayangkan kalau prospek tu survey lebih dari sebuah homestay!!
Lazimnya prospek akan survey lebih dari 1 homestay. Mereka akan survey homestay lain yang berdekatan (pesaing).
Jadi kalau seorang menghantar 10 keping gambar dan 9 orang lagi pengusaha buat perkara yang sama, itu bermakna prospek akan terima sebanyak 100+ keping (mungkin lebih) gambar dalam Whatsapp mereka!!!
Inilah ISU SEBENAR yang kita tidak perasan selama ini.
Ramai prospek SENYAP kerana mereka tak mampu nak baca semua info yang kita hantar.
Tiada jawapan.... tiada kata putus dari prospek. Yang ada hanyalah bunyi "krik! krik"...
Apa sudah jadi?
Walaupun hari ini kita gagal mendapat sebarang booking, nak tak nak esok kita akan cuba lagi dengan prospek lain... lusa pula dengan prospek lain... dan begitulah senarionya, tanpa henti.
Cuma kalau katakan usaha kita itu masih menghasilkan hasil "krik-krik" yang sama... apa jadi kepada MASA dan TENAGA yang kita dah laburkan selama ini?
Ada di antara kita yang mula rasa LETIH dan PENAT. Boleh koyak emosi dan mental.
Feeling down sangat... sampai ada yang nak jual homestay sebab tak mampu bersaing... betul?
Hidup ini keras... hanya yang kental dapat bertahan... sebab tu kena work smart, don't work hard!
Pernah tak kita terfikir untuk mencari jawapan kepada semua kegagalan di sebalik usaha kita selama ini?
Sampai sekarang kita masih mencari... betul?
Sehinggalah di suatu hari kita diberitahu punca utama.
Rupanya ramai prospek TIDAK TENGOK pun gambar homestay yang dihantar selama ini!
Dang!!!
Jammed kepala!!
Kenapa mereka tak tengok gambar-gambar yang kita dah hantar? Penat je kita hantar.... rasa masa terbuang begitu saja!
Selepas diselidik, rupanya ini jawapan yang mereka berikan:
Sekarang barulah kita tahu sebab kenapa wujudnya "krik-krik" selama ini.
Mulai hari ni, apa kata mudahkan urusan prospek anda untuk buat keputusan?
Tidak perlu lagi menghantar gambar melalui Whatsapp semata-mata.
Tambahkan channel of marketing yang ada. Siapa buat lebih, dia akan dapat lebih.
Upgrade marketing dengan bantu mereka membuat pilihan.
Akan datang nanti hantarkan sekali link webpage homestay supaya mereka dapat mengenali homestay kita dengan lebih dekat.
Contoh LINK WEBPAGE yang anda akan dapat adalah seperti di bawah (klik pada link di bawah):
Prospek cuma perlu klik.. klik... dan klik untuk dapatkan info homestay. Mudah betul.